Home Family Rakyat Malaysia paling ramai melancong ke Sumatera Barat
Rakyat Malaysia paling ramai melancong ke Sumatera Barat

Rakyat Malaysia paling ramai melancong ke Sumatera Barat

0
0

Rakyat Malaysia mencatatkan kedatangan paling ramai ke Sumatera Barat, provinsi Indonesia yang terkenal dengan etnik Minangkabau dan masakan Padang itu.

Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) Sumatera Barat, sebanyak 56,313 pelancong asing berkunjung ke Sumatera Barat tahun lepas dan 75 peratus daripadanya adalah dari Malaysia.

Data itu merekodkan sepanjang 2017, sebanyak 44,201 rakyat Malaysia berkunjung ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat, diikuti pelancong dari Thailand (2,662 orang) dan Perancis (478 orang).

Warga Malaysia turut dicatatkan sebagai pelancong utama ke Sumatera Barat sejak 2009.

tags: