Home Family AirAsia Dengan Gabungan Rokki Berikan Internet PERCUMA Di Atas Langit !
AirAsia Dengan Gabungan Rokki Berikan Internet PERCUMA Di Atas Langit !

AirAsia Dengan Gabungan Rokki Berikan Internet PERCUMA Di Atas Langit !

0
0

AirAsia Bhd. menawarkan internet secara percuma di dalam penerbangan Rokki kepada ahli-ahli AirAsia BIG bermula hari ini.
.
Ketua Pegawai Eksekutif Rokki, Lalitha Sivanaser berkata, semua ahli BIG akan diberikan pelan chat 2MB bagi aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk dan Viber setiap kali mereka terbang dengan penerbangan Rokki.
.

Katanya, ahli BIG hanya perlu menyambungkan peranti digital masing-masing ke talian internet Rokki Wi-Fi semasa penerbangan dan log masuk ke portal rokki.com menggunakan akaun AirAsia BIG untuk menebus pelan tersebut secara automatik.
.
“Rokki memahami kepentingan sambungan internet di dalam kehidupan. Jadi kami harap internet yang diberikan secara percuma di dalam penerbangan ini boleh membantu para tetamu untuk terus berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga mereka selain mendapat maklumat terkini walau di mana mereka berada.
.
“Untuk memastikan para tetamu dapat menikmati sambungan internet, Rokki akan terus berusaha untuk memacu transformasi digital di dalam penerbangan bagi menawarkan hiburan, berita, dan tawaran membeli-belah yang menarik menerusi peranti telefon bimbit peribadi mereka di dalam penerbangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
.
Tambah Sivanaser, Rokki merupakan platform hiburan di dalam penerbangan yang menawarkan hiburan, muzik, permainan dan berita serta membeli-belah secara percuma kepada tetamu.
.
“Untuk menikmatinya, tetamu hanya perlu sambung kepada Wi-Fi secara percuma dengan peranti peribadi mereka di dalam 44 pesawat Rokki AirAsia,” katanya.

Kredit to Utusan Online.